Who we are? Siapa kita ini? Kita ada lah manusia yang telah di cipta olah Allah di muka bumi ini untuk kita mengenali kehidupan di dunia ini. Cara hidup, makan minum, cabaran yang perlu kita lalui di muka bumi milik Allah ini. Kita perlu sedar siapa diri kita ini, dari mana aslnya kita ini. Jangan lah jadi org yang lupa diri. Hidup di dunia ini hanya lah sementara dan hidup di akhirat adalah selamanya.
Allah mencipta Adam dan Hawa, lelaki dan perempuan. Jadilah lelaki yang benar kalau kita seorang lelaki dan jadi lah perempuan kalau kita seorang perempuan. Ingat lah asal usul kita. Hurm, manusia seringkali menjadi ego kerana harta benda dan duniawi. Contoh nya, bila kaya lupa pada yang miskin, bila sihat lupa pada yang sakit, bila dah berkuasa menindas orang bawahan... apa lah nak jadi manusia sekarang ni. Adakah mereka lupa semua itu adalah pemberian Allah kepada mereka. Guna lah pemberian Allah itu sebaik-baiknya.
Kita semua sama sahaja iaitu manusia. Cuma cara kita menjadi diri kita ini berlainan.. sebab itu lah corak kehidupan setiap orang berlainan. Ada yang miskin, kaya, baik, jahat, bijak, bodoh semua nya ada. Tapi kita boleh ubah semua nya dengan menggunakan akal yang diberikan oleh Allah kepada kita. Ingat Allah selalu. InsyaAllah kita akan dapat apa yang kita mahu tapi selepas kita dapat apa yang kita mahu jangan lah lupa siapa kita ini dan janganlah lupa siapa yang memberi segalanya kepada kita (Allah).