Subscribe to RSS feeds

Sunday, May 02, 2010

TODAY

Hari ini aku rasa sedih sebab x yakin untuk menjawab paper MAT 199.. Tapi aku dah berusaha untuk menjawab semua soalan. sekarang ni, aku hanya bertawakal kepada Allah sementara menunggu keputusan yang akan keluar kelak.

hari ini juga aku sangat rindukan seseorang... aku tahu aku telah luka kan hati nya sebelum ini. Tapi sekarang aku telah sedar silap ku. Aku sangat sayangkan kamu NIKO .

Mengapa begitu banyak cabaran dan dugaan yang ku hadapi?? tapi aku akan ambil semua cabaran itu sebagai satu tugasan untuk aku menjadi seorang yang lebih bijak berfikir dan menagani sesuatu masaah.

Thursday, June 11, 2009

Celebrity Collage by MyHeritage

MyHeritage: Celebrity Collage - Geneology - Family tree template

Wednesday, June 10, 2009

Lawatan ke Cherrish Home Kuching



Tok lah keadaan kat umah kebajikan.. Banyak org yg kurang upaya dan pelbagai jns penyakit yg cdak hidapi.. Festime g umah kebajikan.. agak menyentuh perasaan juak lah











Semua org di rumah di bagi makan... n kmk org pun makan kat sia juak... (minum petang)











Aktiviti yg dilakukan cdak time petang2... cdak buat keychain manik...







Tok lah salah sorang pesakit kat Cherrish Home.. tapi bukan nok c cantik manis ya... budak laki ya maksud aku.. budak tok Hyperaktif.. umo nya bru jak 8 thun...

Time perkemahan Jabatan Pertahan Awam kat base kem kuching.






Tok time penerangan tentang kawad pili bomba...









Yg tok plak percubaan cdak laki buat kawad bomba....








Tok lah upa kemah yg kmk or bina sendiri, tmpat kmk org berehat... Cian x upa.. hahaha









Time dalam trak JPA... mcm banduan pun ada.. hehehe... tapi ya semua nya kenagan









Aktiviti time malam... kenak buat persembahan
Tok lah upa wana hati aku... wana wani jak.. bukan apa nya wna wani.. ya menunjukkan aku ada bnyak pasaan... pasaan marah,sedih, gembira, bahagia dan byk gik... Kita x pat nak lari dari smua prasaan ya.. mena x???Tapi bla kita cinta kan seseorg wana hati ku cuma ada stu jak, ada wana merah jak.. hehehe...

Sapa aku??? sapa aku pada korang?????
kawan..... musuh..... cinta korang ...... or
aku bukan sapa2 bagi korang???
Ingat lah sapa diri kita tok sebenar nya...
dari cni kita asal... Kenali lah diri anda sebelum
mengenali diri org lain..


Tok lah cinta.... mesti dikaitkan wana merah n wana biru
mesti semua org fhm apa mksd nya ya nak... hehehe...
biasa nya biru untuk lelaki n merah untuk gul....
thu x apa mksd wana ya????
Actually wana biru ya di bg ngan laki sebab laki biasanya
akn aman kan gul yang suka marah2... padan lah dgn wana merah...
sebab ya lah... sebab ompuan cepat majuk n cepat kecik ati
berbanding org laki... biasa lah...
hahaha.....



Pasal penyakit resdung...


Rajin2 lah membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan anda...



Tentunya merimaskan apabila kita selalu mengalami gejala selsema iaitu hidung yang tersumbat, sakit pipi, sekitar mata dan kepala, biasanya pada waktu pagi. Tekak pula seperti dipenuhi kahak. Jika gejala ini berlaku hampir pada setiap hari, ini barangkali menunjukkan tanda-tanda penyakit resdung.

Resdung merupakan keradangan yang terjadi pada lapisan membran di dalam mana-mana ruang sinus. Resdung juga mempunyai risiko menyebabkan kita menjadi terlalu sensitif pada bahan yang mampu menyebabkan alahan, termasuklah perubahan cuaca (sejuk), pencemaran pada alam sekitar dan masalah jangkitan bakteria.

Terdapat beberapa lubang berisi udara pada tengkorak dan diliputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruang inilah yang dipanggil sinus.

Resdung merupakan masalah yang sangat biasa di serata dunia. Andainya dibuat imbasan kepada 10 orang normal, 80 peratus daripadanya didapati mengalami penyakit resdung ringan yang tidak memerlukan apa-apa rawatan.

Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, terdapat anggaran 37 juta orang mengalami penyakit resdung setiap tahun dan ini dijangka lebih tinggi kerana gejala resdung hasil jangkitan bakteria selalu disalah anggap sebagai selesema atau alahan dan agak ramai yang tidak berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Ini juga sama halnya di Malaysia. Terdapat anggaran 60 hingga 65 peratus rakyat mempunyai masalah resdung . Bagaimanapun, kurang 50 peratus daripada jumlah ini datang untuk mendapatkan rawatan dan terdapat ramai yang memilih rawatan resdung secara tradisional bagi ‘menghilangkan’ keradangan sinus.

Secara semulajadi ruang sinus kita diliputi lendir untuk menjadi perlindungan. Mukus atau lendir yang terkumpul ini dialirkan masuk ke dalam saluran hidung untuk memastikan ruang sinus sentiasa berkeadaan bersih. Bila kita selesema ataupun kita mendapat serangan alahan, sinus akan mengalami keradangan dan ini menyebabkan ia tidak dapat mengalirkan mukus. Pengumpulan lendir ini akan menyebabkan hidung menjadi tersumbat dan akan mengundang jangkitan bakteria.

Mengikut Perunding Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak — Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Gleneagles Intan iaitu Dr Mohd Husni Ahmad, penyakit resdung boleh dikategorikan kepada dua jenis, akut (yang berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik. Bagaimanapun, penyakit resdung kronik adalah lebih biasa dan boleh terjadi pada siapa saja dan kepada semua peringkat umur.

Risiko Resdung

Ada anggapan yang mengatakan bahawa terdapat risiko kematian boleh disebabkan oleh penyakit resdung (sinusitis). Anggapan lain pula mengatakan bahawa penyakit resdung tidak dapat dirawat. Di sini kita cuba melihat mengenai persepsi tersebut.

Siapa mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit resdung

* Alah pada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung tersumbat
* Mempunyai ketumbuhan di dalam hidung
* Mempunyai kelainan di dalam hidung. Contohnya, mempunyai septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung adalah terdiri dari tiga turbinate. Ia adalah tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Turbinate yang besar menyumbang kepada risiko mendapat sinusitis kerana keadaan ini akan menyebabkan ia menyumbat sinus.

KOMPLIKASI

Rawatan penyakit resdung yang tidak sempurna boleh menyebabkan komplikasi serius boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

1. Kesan penyakit resdung - Kanak-kanak

Antara kesan penyakit resdung kepada kanak-kanak ialah penyakit resdung merebak ke dalam mata, jangkitan sellulitis dan nanah mata. Jika dibiarkan ia juga boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Mengapa berlaku risiko buat? Ini adalah kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat nipis di mana sinus frontal masih belum terbentuk. Ia juga boleh menyebabkan nanah dikeluarkan dari rongga mata.

Untuk mengatasi masalah ini, satu laluan dibuat oleh doktor untuk mengeluarkan cecair dari sinus ethmoid supaya ia tidak bertakung lagi.

2. Kesan penyakit resdung - Dewasa

Nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung. Nanah itu akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Ini menyebabkan ostia mudah tersumbat. Sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dihinggapi sinusitis. Ia amat jarang berlaku walaubagaimanapun kerana nanah tidak dapat menembusi dinding maxilla yang tebal.

Tetapi, jika nanah merebak ke dalam otak, pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery perlu dijalankan. Kadar kematian meningkat hingga 40 peratus bagi kes-kes seperti ini.


Melihat kepada komplikasi yang boleh berlaku, penyakit resdung tidak boleh dianggap remeh kerana kesannya boleh membawa akibat yang besar, samada buat atau kematian. Dapatkan rawatan resdung yang sesuai secepat yang boleh.